
Ramai juga yang beri komen tanpa identiti dan ada antaranya kawan SiTikus yang tak tahu macam mana nak buat. Jadi, SiTikus tunjukkan tutorial ringkas macam mana nak memiliki identiti sendiri semasa memberi komen di blog. Nampak remeh dan tak penting, tapi dengan grafik yang lain dari lain akan membuatkan orang lain mengenali korang dan akan melawat blog korang. Ini penting untuk branding blog korang dan para peniaga online sepatutnya tahu tentang ni.
Tak perlu ada website atau blog sendiri pun, cuma alamat email je. Bila korang komen pada blog, korang akan letakkan alamat email kan? Jadi dari email itu la gravatar akan kenal dan letakkan gambar korang.. Janganla beri komen tanpa identiti tau, marilah sama-sama memeriahkan lagi dunia blogsphere neh…cewahhh..enjoy.
(more…)

“Selamat hari jadi…selamat hari jadi…selamat hari jadi internet…selamat hari jadi….fuuuuuhhhhhh“. Masa nak kemas desktop yang dah bersemak dan dah naik sawang neh, terjumpa pulak gambar masa dulu-dulu. Hari jadi Internet. Huishhh, korang ingat korang je yang ade hari jadi? internet pun ade tau, cuma tak leh bagi hadiah jer. Korang baca la sendiri apa yang ada dalam plat emas tu.
Yang tetap aku ingat adalah M.I.T, gempak weh kalau dapat belajar kat sini. Korang tanya la pak cik google sendiri pasal M.I.T neh, biasanya semua student M.I.T tu dikategorikan sebagai genius dan mempunyai IQ tinggi. Orang yang slalu makan semut masak pedas macam aku neh jangan harap la kan.
Tak sangka yang M.I.T pun ada contribute untuk pembangunan internet neh. Best kan ada internet, dapat semua maklumat secara senang, beli barang, berkenalan (teringat zaman mirc dulu..hehe) dan wajib menjadi mangsa spam. Cehh..
Boleh tak korang bayangkan bila facebook, twitter, yahoo, google, myspace, friendster, YM, skype dan sebagainya disappear. Zaaaassss…..

Sekarang ni, ramai yang suka online guna hand phone, dan biasanya blog korang akan jadi full page dan melambatkan loading. Terdapat banyak website yang boleh design blog korang untuk iphone dan blackberry dan dah tentu kena bayarkan. Untuk blogger yang mengunakan wordpress dan domain sendiri korang boleh guna plugin ni, antara info yang SiTikus dapat, plugin ni memang okay dan pelawat blog korang boleh komen,hubungi dan layan blog korang macam biasa serta interaktif…enjoy..
(more…)

Antara perkara asas untuk mulakan blog sendiri yang perlu diketahui ialah FTP (File Transfer Protocol). Sama ada untuk blog atau pemilik laman web perniagaan atau minisite, menguasai FTP adalah penting dan sebenarnya amat mudah. Walaupun blog wordpress ada uploader sendiri dan boleh update wordpress terbaru automatik, tapi ada juga masalah akan muncul jadi penting untuk korang tahu guna FTP. Tutorial kali ini akan mengajar perkara asas yang perlu diketahui. Selepas selesai mengikuti tutorial ini, sepatutnya korang boleh hubungi server, upload/download sebarang file ke server dimana laman web korang berada..Enjoy..
(more…)

Sewaktu melakukan blog jogging, ada satu post oleh ohbudakhitam.blogspot.com tentang email yang diterima dari Google Gmail Team kononnya nak verify account users tapi memang meragukan. Berikut adalah komen dari SiTikus Dot Com.
(more…)

Ada yang tanya macam mana nak tag nama orang lain pada status kita. Hmmm… Senang je kawan. Pada status kita tu letak simbol @ pastu nama orang yang kita nak tag macam gambar di atas. Cubala yer..:p..enjoy..

SiTikus Dot Com terima satu email dari kawan yang bertanyakan pasal nak hilangkan blogger navbar, tanya la kat dia kenapa ko nak buang? Ala bro, nampak cam murah dan tak pro la bro lagipun nampak macam sama macam orang lain punya blog. SiTikus Dot Com jawab, kalau nak pro guna domain sendiri la weh..yang nak buang navbar tu knape dah nama pun percuma. Tapi takpela kawan punya pasal SiTikus Dot Com buat tutorial ringkas….Enjoy..
(more…)

Bosan dengan ready made Twitter Background? Kan best kalau page Twitter kita design sendiri. Hmmmm…macam mana nak buat neh. Senang jer.. Ada dua cara yang korang boleh buat iaitu guna Photoshop atau Microsoft PowerPoint. Kali ni kita guna photoshop untuk design Twitter background kita sendiri…Enjoy..
(more…)

Antara pejabat Twitter dan Facebook, meriah lagi Facebook punya kan?..Apa pun ianya tetap menarik. Enjoy…:)
(more…)
Recent Comments