Iklan yang buat SiTikus pening kepala..Kreatif tu memang la kreatif tapi kadang2 tak paham motif iklan dan yang double meaning tu. Tapi yang gambar pertama dan kedua dibawah ni memang kreatif. Korang boleh agakla kan iklan ape dan motifnye, pompuan pulak jangan terasa tau, dah namanya lelaki…haishhh.
KLCC menjadi ikon kepada Malaysia yang kita sayangi. Semua mata dipelusuk dunia terpegun dengan keindahan binaan Menara Berkembar Petronas ini. Dan kecantikan ini diungkapkan melalui fotografi oleh newbies dan otai untuk menawan hati setiap rakyat Malaysia. Berikut adalah 40 foto KLCC yang menarik untuk dikongsi bersama..Enjoy.
Bila software 3d dan photoshop bergabung memang SiTikus Dot Com tak tau yang mana kaca dan yang mana permata (cewahhh…hahaha). Kreativiti yang tinggi dan skill menggunakan perisian atau software tu memang penting untuk menghasilkan gambar yang gempak dan real. Siapa kata yang photoshop hanya untuk edit gambar fotografi, design banner, logo, laman web, button, dan ecover?. Macam-macam boleh buat dengan photoshop neh.
Siapa yang belajar photoshop dan belajar 3d memang korang untung la kalau skill korang tahap otromen. Kepada yang suka dan ada skill photoshop, baik korang belajar sungguh2 sebab dieorang ni siap boleh lukis grafik awek cun giler dan sampaikan tak tau yang awek tu cuma rekaan semata-mata… Berikut adalah yang SiTikus sempat kongsikan…gempak wehh..Enjoy.
Sebelum sebuah filem disiarkan, antara kerja penting yang perlu dilakukan adalah rekaan karakter sesuatu watak. Rekaan terdiri samada emosi, lakaran wajah, suara, cara jalan dan sebagainya. Karakter watak yang menarik, membuatkan penonton dan pendengar teruja dan meminati watak tersebut kerana karakternya. Setiap bahagian memainkan peranan yang penting untuk menjadikan terbitan filem itu menjadi yang terbaik. SiTikus takde la minat nak buat filem tapi grafik dan kesan khas yang menarik serta canggih membuatkan SiTikus rasa wuyoooo.. Cube korang teka semua gambar neh real ke tak?
Koleksi binaan dari pasir yang terbaik. Macam mana dieorang buat tak tau la kan tapi memang kreatif betul. Masa kecik waktu papa & mama bawak korang pegi pantai, mesti korang pernah buat istana pasir kan? Tapi pernah jadi ker istana yang korang buat tu…Enjoy..
Conformal photography memang cantik dan berseni. Orang yang bleh buat ni memang kreatif la. Tak taula macam mana dieorang buat tapi memang cun kalau korang nak tau korang tanyala pakcik google yer. Disini 11 conformal photography antara yang SiTikus Dot Com suka.. Enjoy.. Kekadang tu rasa pening je tengok kan..
Jalan cerita yang menarik dengan gambar yang cantik disertakan dengan motion grafik yang menarik serta diadun dengan bunyi yang gempak .
Motion grafik yang memang menarik giler. Design menggunakan photoshop asalnya kemudian diedit mengunakan software tertentu untuk menjadikan gambar yang statik menjadi digital video. Korang boleh guna AE untuk buat video camni tapi kena ada skill dan kena kreatif la untuk jadikan video digital korang menarik. Macam video di atas, bola tenaga tu antara yang terbaik la dengan bunyi yang gempak macam dalam transformers. SiTikus Dot Com tengah belajar nak buat video camni..Nanti kalau ada masa dan dah siap nanti SiTikus upload la ekk… enjoy..
Barang lama jugak la yang best kan, banyak kenangan, pengalaman, tapi banyak jugak la meragamnya tapi boleh adjust kalau kena cara kan. Ramai jugak cakap barang lama ni tak berguna dan kalau rosak buang camtu jer. Padahal dulu dia lah yang kita sayang, kita guna tapi betul jugak kan kalau dah rosak tak kan nak simpan. Kalau ada sepuluh tak kan semuanya nak simpan ye tak? Pepun walaupun dan rosak, buruk dan tak berguna masih jugak nampak cantik dan kita ni patutnya hargai la kan, tak kira macam mana pun caranya. Macam gambar dibawah neh.
Recent Comments