Untuk memeriahkan lagi suasana ber’blogging ni SiTikus Dot Com nak buat satu pertandingan yang simple, iaitu tangkap gambar workstation atau tempat kerja korang dan menang hadiah dari SiTikus Dot Com. Workstation yang dimaksudkan ialah tempat korang buat kerja, blogging atau apa saja yang berkenaan komputer. Ambil gambar dan hantar kepada SiTikus Dot Com melalui email atau buat satu post di blog korang dan upload gambar disitu dan hubungi SiTikus. Lima gambar terbaik akan dipilih serta diundi oleh blogger lain dan undian akan dimulakan selepas 2 minggu dari tarikh post ini.
Bagi pengguna browser firefox, korang boleh design theme browser korang sendiri dengan mudah dan percuma. Kepada pakwe2 dan awek2 diluar sana letak la muka couple korang masing2, kepada ibu dan ayah pula letak la gambar anak kesayangan korang, baru semangat nak ber’blog dan layan internet. Hahahaha.. Enjoy
Sekarang ni, ramai yang suka online guna hand phone, dan biasanya blog korang akan jadi full page dan melambatkan loading. Terdapat banyak website yang boleh design blog korang untuk iphone dan blackberry dan dah tentu kena bayarkan. Untuk blogger yang mengunakan wordpress dan domain sendiri korang boleh guna plugin ni, antara info yang SiTikus dapat, plugin ni memang okay dan pelawat blog korang boleh komen,hubungi dan layan blog korang macam biasa serta interaktif…enjoy..
Sewaktu melakukan blog jogging, ada satu post oleh ohbudakhitam.blogspot.com tentang email yang diterima dari Google Gmail Team kononnya nak verify account users tapi memang meragukan. Berikut adalah komen dari SiTikus Dot Com.
Jalan cerita yang menarik dengan gambar yang cantik disertakan dengan motion grafik yang menarik serta diadun dengan bunyi yang gempak .
Motion grafik yang memang menarik giler. Design menggunakan photoshop asalnya kemudian diedit mengunakan software tertentu untuk menjadikan gambar yang statik menjadi digital video. Korang boleh guna AE untuk buat video camni tapi kena ada skill dan kena kreatif la untuk jadikan video digital korang menarik. Macam video di atas, bola tenaga tu antara yang terbaik la dengan bunyi yang gempak macam dalam transformers. SiTikus Dot Com tengah belajar nak buat video camni..Nanti kalau ada masa dan dah siap nanti SiTikus upload la ekk… enjoy..
Autoshow yang best giler. Semuanya kereta idaman SiTikus Dot Com. Kalau la ada duit memang beli je semua neh..Cewahhhh…sungguh tinggi impian diri ini. Apa pun…Enjoy…
Email siapa yang tak pernah kena spam? Macam-macam cara para makhluk spammer ni untuk mencabul email orang. Ada yang cuba menjual barang dan ada juga yang suka hantar ‘virus‘. Yang jual barang tu memang TAK AKAN dilayan langsung sebab tiada etika dan memalukan je. Yang hantar virus ni pulak tak ada kerja dan menyusahkan orang. Jadi hati-hatila yer sebab virus yang perogol email ni hantar cuba menjadikan komputer korang sebagai askar dieorang…Hmmmm….
Berangan adalah indah dan sebenarnya penting untuk tumbesaran minda orang berjaya. Ini bukan aku cakap yer, professor mak dia yang cakap. Bila berangan sesuatu yang ingin kita dapatkan dalam hidup membuatkan kita berusaha untuk mencapai angan tu. Tapi masalahnya kalau seseorang yang kuat berangan tapi tak buat apa-apa tindakan dalam kehidupan akan menjadikan dia tu sengal kuasa lapan. Ada juga orang yang puas dan cukup hanya dengan berangan, dapat membuatkan dia jadi apa yang diangankan tapi hanya dalam alam fantasi jela bukan real macam Mat Jenin menjadi popular dengan hanya angan-angan.
Ada yang berangan untuk jadi kaya-raya, memiliki rumah yang besar, kereta mewah, jadi artis, jadi menteri dan macam-macam lagi. Siapa yang dalam hidupnya tak pernah berangan?. Baik kalau berangan dan usaha untuk kecapi apa yang diangankan tu daripada tak buat apa-apa. Hmmmm… Ntah apa la yang aku bebelkan neh..:)
Recent Comments