Category : Software

Transformers Dari Russia

Menarik jugak la Transformers dari Russia ni dan teringin nak tengok dari Malaysia pula. Pengambaran mengambil masa 2 hari dan proses untuk kerja editing selama sebulan. Enjoy..

Hasil Dari Finger Art iPAD Yang Menarik

iTouch, iPhone dan iPad merupakan antara produk Apple yang sangat berjaya. Ada satu software dalam iPad yang perlu diberikan tumpuan walaupun nampak macam biasa jer. Finger Art dari iPad kalau digunakan oleh seseorang yang kreatif boleh menghasilkan lukisan yang sangat menarik.

Berikut adalah antara hasil dari Finger Art iPad yang menarik. Enjoy..

(more…)

Picnik Telah Dibeli Oleh Google

Picnik.com adalah laman web dimana korang boleh edit gambar dengan percuma menggunakan tools yang canggih. Picnik adalah antara yang SiTikus Dot Com suka kerana mudah user interface terlalu simple dan mudah digunakan serta interaktif (w/pun internet broadband mcm gampang). Korang mesti tau yang Youtube, Feedburner dan lain2 telah menjadi hak Google dengan transaksi berbillion USD, sekarang ni Google secara rasminya memperolehi picnik.com.

Terma perjanjian dan transaksi jualan antara Google dan Picnik tak diketahui sebab Google tak kecoh pasal ni. Picnik pada mula operasinya pada tahun 2005 hanya mempunyai 2 meja sahaja dan sekarang mempunyai seramai 20 orang pekerja dengan visitor berjuta-juta sehari. Apa yang SiTikus harapkan supaya picnik akan menjadi lebih canggih, page load yang cepat dan lebih banyak effect yang best diberi percuma dan jangan ada iklan yang bersepah-sepah sebab Google ni gila iklan.

Disebabkan oleh Google memproses petabyte data setiap hari maka picnik perlu gunakan sepenuhnya teknologi dan team google yang power.

Berita lanjut dari Google => Official Google Blog

Update dari picnik => Google has acquired Picnik

6 Tools Percuma Untuk Bina Chat Room Sendiri

Berikut adalah 6 perkakasan yang boleh digunakan untuk membina chat room korang sendiri. Mudah dan boleh diletakkan pada blog, laman web dan laman sosial. Enjoy..Oppss…lupa, ianya adalah percuma.

(more…)

Bila 3D & Photoshop Bergabung

Bila software 3d dan photoshop bergabung memang SiTikus Dot Com tak tau yang mana kaca dan yang mana permata (cewahhh…hahaha). Kreativiti yang tinggi dan skill menggunakan perisian atau software tu memang penting untuk menghasilkan gambar yang gempak dan real. Siapa kata yang photoshop hanya untuk edit gambar fotografi, design banner, logo, laman web, button, dan ecover?. Macam-macam boleh buat dengan photoshop neh.

Siapa yang belajar photoshop dan belajar 3d memang korang untung la kalau skill korang tahap otromen. Kepada yang suka dan ada skill photoshop, baik korang belajar sungguh2 sebab dieorang ni siap boleh lukis grafik awek cun giler dan sampaikan tak tau yang awek tu cuma rekaan semata-mata… Berikut adalah yang SiTikus sempat kongsikan…gempak wehh..Enjoy.

(more…)

Personas Untuk Browser Firefox

Bagi pengguna browser firefox, korang boleh design theme browser korang sendiri dengan mudah dan percuma. Kepada pakwe2 dan awek2 diluar sana letak la muka couple korang masing2, kepada ibu dan ayah pula letak la gambar anak kesayangan korang, baru semangat nak ber’blog dan layan internet. Hahahaha.. Enjoy

(more…)

Edit Gambar Online Korang Lagi

Kalau korang suka sangat nak edit gambar tapi tak berapa pandai atau malas nak guna Photoshop, website ni memang syok dan free plak tu. Banyak jenis template yang boleh korang boleh guna dan yang penting kualiti gambar tu lawa ooooo… Antara template yang best, Photomontage, cards, Face In Hole, Magazine dan korang tengok la sendiri.. Enjoy..:)

(more…)

Edit Rambut Online

Korang rasa nak tukar style rambut? Cuba la dulu style mana yang korang sesuai sebelum korang buat rambut korang tu.  Ada website yang bagi korang edit rambut korang percuma. Online software dia memang best, cuba la try test tengok…Enjoy… Tak leh blah tgk model aku neh..:) Cantik shanngatttt…

(more…)

Edit Gambar Korang

Terjumpa satu online software yang membolehkan korang letak gambar korang pada duit, monumen dan playing card. Best siot.. Tak payah susah-susah nak edit kat Photoshop. Template duit yang ada memang banyak dan pelik jugak sebab duit Malaysia pun ade. Link ada kat bawah yer..Enjoy…

(more…)