Category : The Ramblings

SiTikus Dot Com Outing 1

Kali ni SiTikus Dot Com keluar shopping kat Parkson. Ada sale la kononnya..Rembat jugak la selai dua baju. Bila shopping dengan perempuan ni memang lenguh kepala, kalau boleh satu mall dia nak belek padahal belinya selai jer..ok la dua helai baju. Lepas habis beratus hinggit untuk baju je pergila makan pizza, teringin.

(more…)

Berangan Untuk Berjaya

Berangan adalah indah dan sebenarnya penting untuk tumbesaran minda orang berjaya. Ini bukan aku cakap yer, professor mak dia yang cakap. Bila berangan sesuatu yang ingin kita dapatkan dalam hidup membuatkan kita berusaha untuk mencapai angan tu. Tapi masalahnya kalau seseorang yang kuat berangan tapi tak buat apa-apa tindakan dalam kehidupan akan menjadikan dia tu sengal kuasa lapan. Ada juga orang yang puas dan cukup hanya dengan berangan, dapat membuatkan dia jadi apa yang diangankan tapi hanya dalam alam fantasi jela bukan real macam Mat Jenin menjadi popular dengan hanya angan-angan.

Ada yang berangan untuk jadi kaya-raya, memiliki rumah yang besar, kereta mewah, jadi artis, jadi menteri dan macam-macam lagi. Siapa yang dalam hidupnya tak pernah berangan?. Baik kalau berangan dan usaha untuk kecapi apa yang diangankan tu daripada tak buat apa-apa. Hmmmm… Ntah apa la yang aku bebelkan neh..:)

SiTikus Dot Com Outing

Bosan yang amat sangat hari ini lalu SiTikus Dot Com keluar dari sarangnya yang mewah itu. Sambil meminum air tembikai dan teh o ais yang kurang manis itu dengan penuh semangat lalu terfikir untuk………….

(more…)

Pelajar Kena Tangkap Guna Facebook

Terkejut bila dengar ada kes tangkapan pertama di Malaysia dari pengguna Facebook. Disebabkan oleh ayat  “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding..” student ni kena tangkap la plak. Ntah budak ni gurau atau serius, aku tak tau. Disebabkan oleh satu komen kat Facebook, kalau disabit kesalahan RM50,000 atau penjara setahun. Jadi, bila korang komen page orang lain or update status korang..ingat-ingatla yer. Nak kantoi senang je, ada orang dalam facebook tu yang buat report polis. Kalau ikut logik tak dapatla polis nak pantau orang kat facebook ni kecuali ada anggota yang add korang sebagai kawan. Fobia aku nak accept friend request dari muka tak kenal.. Selamat bermukebuku.

(more…)

Aduhai Celcom Broadband

Kalau nak buka page Google dan Yahoo pun lembab yang amat sangat itu bukan nama broadband namanya itu namanya %^#&band.. Kalau nak bercucuk tanam kat mukebuku, baik lupakan jela(abis ladang aku). Nak tengok youtube? Baik tengok tv jela.  Bengang betul la, bukan bayar singgit tapi puluh ringgit tapi connection mcm kura-kura. Kura-kura pun lagi laju. Aku pernah test untuk habiskan “fair usage 5Gb bandwidth“, dari 800kbps celcom drop down sampai 64kbps. Kalau aku pakai 3G connection kira adil la sebab memang setiap kali aku call help center dia cakap macam tu. Tapi masalahnya aku bayar RM98 sebulan so its so damn not fair. Nak pakai W1max plak area ni tak ade coverage lagi, lagipun ramai dah mengadu yang W1max pun sama. N

Ada satu Universiti ni, member aku saja la online guna wireless. Tapi memang terkejut berukband la, 700Mb cerita korea download tak sampai 5 minit. So apa lagi satu external hard drive penuh dalam masa sejam. .. Harap la sangat esok lusa semua internet service provider negara kita ni dapat provide connection yang laju. Actually kalau dapat 1mbps pun takpe janji steady, bandwidth pula unlimited dan yang penting murah.

Dahaga Sangat

Sambil men’touch-up’ blog neh, tin-tin inilah yang ade sebelah komputer. Tak payah nak bancuh-bancuh, bukak peti+amik satu+bukak penutup=huh..lega….. Ada la dalam sedozen dalam peti ais tu menunggu giliran untuk masuk ke tekak aku ni. Milo campur 100 plus..huh..pening kepala aku kejap. Minum macam nak pegi marathon je kan..Tapi jangan amalkan sangat tau.. SiTikus xpelah lan..tp aku bukan tikus.. :)

Formula One Malaysia

Sementara aku siapkan blog neh, tertengok kat channel astro sport cerita tentang BMW Sauber. Sebagai rakyat Malaysia memang la aku bangga sangat-sangat bila tengok nama Petronas dengan nama Malaysia lekat kat kereta F1 tu. Bila la aku boleh bawa kereta tu, tak pun kerja dengan team Sauber ni..Jadi yang cuci tayar pun takpe.

(more…)

Page 4 of 41234