Pesawat pejuang yang baru selesai menyerang penunjuk perasaan di Libya, hasil pengeboman dari pasukan tentera atas arahan pemerintahnya Gaddafi menyebabkan 450 rakyat Libya mati. Gaddafi pula dilaporkan pergi ke Venezuela sejurus serangan maut itu(penakut). Tak tahu la kalau para penunjuk perasaan itu merusuh secara melampau tapi perlu ke nak bom rakyat sendiri? Paling busuk pun gas pemedih mata, peluru getah dengan air tapi ini bom sengal. Harga minyak pula dijangkakan akan melonjak ke tahap tertinggi akibat dari krisi Libya ini. Baca lagi untuk artikel penuh..
Ikan-ikan ini sedang berjuang untuk hidup waktu musim sejuk di St.Petersburg. Nampak sangat menarik tapi seksa lagi-lagi gambar yang last tu, mungkin menyebabkan semua ikan dalam air tu pengsan. Enjoy..
Remaja perempuan berumur 19 tahun ini dinasihatkan oleh doktor supaya berhenti makan sabun sebab ianya boleh membunuh akibat toksik, tapi remaja ini tetap ketagih untuk makan sabun. Remaja bernama Tempestt Henderson dari Florida ini makan 5 ketul sabun buku seminggu bersama serbuk sabun basuh….
Satu klip video disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan dengan jelas satu cahaya misteri berbentuk seperti telur berada di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa. Hanya Dia yang lebih Mengetahui.
Memang ada amaran tentang penggunaan tandas awam kat mana-mana tandas tapi yang ni macam pelik sikit. Memang ada ke orang yang memperlakukan sebegitu rupa sampai tanda amaran ni dikeluarkan. Ntah-ntah photoshop je ke kot….huhu…Enjoy..
Lebih dari 2000 janin yang digugurkan secara haram dijumpai di Kuil Buddha di Bangkok, Thailand. 2 pekerja kuil tersebut dan seorang perempuan ditangkap dipercayai diupah mengutip dan menghapuskan janin dari klinik yang menjalankan aktiviti penguguran haram tersebut..Apa nak jadi ni, ingatkan kat Malaysia je yang teruk..kat luar tu lagi macam sengal.
Beberapa hari lepas terdapat 2 isu yang sangat teruk. Bagi yang masih tidak tahu, Isu iklan raya dari TV3 telah ditarik balik dan ada dalam berita semalam. Isu Katy Lim Li Lian menghina Allah s.w.t juga tengah panas sekarang ini. Tak tahu nak cakap apa tapi yang sedihnya beberapa hari lagi nak raya, isu sensitif ini muncul.
Berikut adalah antara cerita katy lim li lian hina Allah s.w.t dan iklan raya TV3 macam krismas. Sedih sangat-sangat…
Sekali pandang macam kandang kuda, dua kali pandang macam tempat letak kereta tapi rupa-rupanya tempat main kuda-kuda tak senonoh. Ingatkan McDonald dan restoran makanan segera je yang ada drive-thru atau pandu lalu. Kotak-kotak pelik yang ada kereta didalamnya ini dinamakan sex box drive-thru dan ada di negara Eropah.
Kotak seks pandu lalu pertama dibuka di Jerman sebelum Piala Dunia 2006. Tujuannya untuk mengalakkan industri pelacuran dimana pelacur boleh memberikan servis pada pelanggan tanpa menyewa di hotel. Apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni kan, memang dah senget sangat otak dieorang ni dan harap-harap Malaysia kalau dah maju sangat nanti jangan la idea yang bodoh seperti ini dilaksanakan.
Tak pelik langsung kalau ribut taufan melanda negara-negara ini.
Akhirnya blog SiTikus Dot Com berjaya di godam atau nama saintifiknya HACKED. Secara teknikalnya, sitikus terima email mengatakan password telah ditukar yang dihantar oleh wordpress. Kemudian main page iaitu index.php telah dipadamkan. Rupa-rupanya, si hacker ni meng’upload shell scripts pada blog sitikus.
Lepas selesai main page siap dibaiki atau restored, didapati juga satu lagi shell scripts telah diupload pada laman 404.php dan menyebabkan page sitikus asyik minta login dan password. Yang teruknya, ada beberapa link blog blogger Malaysia disorok dalam jejak yang ditinggalkan oleh si hacker ini. Hacker ni upload beberapa file dalam blog dieorang untuk digunakan pada blog sitikus.
SiTikus telah menghubungi owner blog2 tersebut kalau dieorang tahu yang ada file tersorok dalam blog dieorang. Walaupun hacker atau pengodam ni guna proxy, satu je silap si hacker ni, tinggalkan IP address yang encoded untuk re-route email dan banyak lagi(tak tau cmne nak explain).
Nasihatnya disini, kalau korang guna wordpress tolong update yang paling latest. Selalu tukar password, tengok balik plugin yang korang guna (sebab ini cara paling senang untuk hacker upload file ke blog korang) dan jangan gatal tangan untuk tukar security features(padan muka aku).
Recent Comments