Episod 1: Bina Blog WordPress Anda Sendiri (Asas FTP)

Antara perkara asas untuk mulakan blog sendiri yang perlu diketahui ialah FTP (File Transfer Protocol). Sama ada untuk blog atau pemilik laman web perniagaan atau minisite, menguasai FTP adalah penting dan sebenarnya amat mudah. Walaupun blog wordpress ada uploader sendiri dan boleh update wordpress terbaru automatik, tapi ada juga masalah akan muncul jadi penting untuk korang tahu guna FTP. Tutorial kali ini akan mengajar perkara asas yang perlu diketahui. Selepas selesai mengikuti tutorial ini, sepatutnya korang boleh hubungi server, upload/download sebarang file ke server dimana laman web korang berada..Enjoy..
Tutorial asas FTP ini dipermudahkan supaya korang tidak pening kepala.
=====> 
Kalau SiTikus nak upload/download plugin,themes dan sebagainya ke/dari dalam server, SiTikus gunakan FTP(File Transfer Protocol). Tak kira dimana jua server itu berada, samada di Malaysia atau di US.
Apabila korang dah beli domain dan web hosting, korang download Filezilla. Filezilla ini mudah dan selamat serta yang penting free.
Langkah 1: Lepas dah download, install macam biasa.

Penting: Pilih use secure mode dan use XML file dan klik install.
Langkah 2: Dah siap install, klik pada ikon filezilla yang ada pada desktop.

Program Filezilla kelihatan lebih kurang seperti gambar di atas.
1. Message Log
2. Komputer korang
3. File transfer list
4. Server dimana laman web / blog korang berada
Semua file, blog, gambar dan sebagainya ada di dalam public html pada server.

Langkah3: Login ke Server atau Hubungi Server

Untuk pertama kali login ke server, klik pada file>site manager. Akan keluar paparan seperti dibawah.

1. Klik pada New Site>isikan nama domain
2. Kemudian pada Host>isikan domain akaun hosting
3. Port: Biarkan 21
4. Servertype: Biarkan FTP
5. Pada logon type > pilih normal
6. Pada user: isikan username akaun hosting
7. Save dan exit
” Nama domain dan username akaun hosting boleh didapati dari web hosting provider korang”
Korang boleh klik ikon seperti dlm gambar dan akan keluar arahan untuk korang masukan password
Jadi sekarang korang dah boleh untuk langkah seterusnya iaitu upload file ke server. SiTikus bagi contoh cara nak upload gambar guna FTP.
Katakan korang nak buat satu folder images atau apapun yang korang suka. Klik kanan pada ruang server dan klik create directory dan taip images

Link untuk folder images korang akan jadi seperti http://www.domain-anda/images/
Klik kanan pada sebarang gambar yang korang nak upload dan klik upload.

Link untuk gambar tadi akan jadi seperti http://www.domain-anda.com/images/IMG_0073.jpg
Jadi sekarang korang dah boleh upload gambar dan file dengan mudah dan cara ini juga untuk upload plugin dan themes untuk blog korang. Tutorial lepas ni SiTikus Dot Com akan ajar macam mana nak install blog pada domain korang. Kalau korang nak update melalui email, isi email korang kat sebelah kanan blog ni yer.
Jika korang tak paham nak guna FTP ni, tanya je, jgn malu2..
Related posts:































belajar banyak ttg ni..thnks
enjoy..
masih menunggu episod 2