Privacy
Adalah dimaklumkan bahawa SiTikus Dot Com tidak bertanggungjawab atas segala kesan buruk yang bakal atau telah menimpa selepas atau semasa membaca SiTikus Dot Com. Sama ada kecacatan mental atau kegilaan terhadap SiTikus Dot Com serta kesan rabun atau kesusahan untuk tidur. Kesan yang baik adalah dialu-alukan.
Jika ada post yang menggunakan gambar atau nama dan tidak disukai untuk di’blog’kan sila hubungi pihak SiTikus Dot Com. Dan jika masih tidak puas hati walaupun telah mendapat kredit dan backlink yang tinggi adalah baik supaya pergi menternak tikus daripada ber’blog.
Jika ada post yang tidak benar, bercanggah dari logik akal, bercanggah dari fakta sila hubungi pihak SiTikus Dot Com. Dan jika masih tidak berpuas hati sila laporkan secepat mungkin pada Hospital Bahagia yang berdekatan.
Sebarang pengiklanan atau servis yang SiTikus Dot Com cadangkan yang bakal atau telah membuatkan komputer hang, rosak, kerugian dan penipuan sila maklumkan kepada pihak SiTikus Dot Com. Jika masih tidak berpuas hati walaupun telah mendapat manfaat, ilmu dan pengetahuan sila berikan alamat email untuk menerima serangan cyber atau sila rebus komputer selama 8 jam dalam air yang mendidih.
Sebarang email yang SiTikus Dot Com terima akan ditapis dahulu sebelum disiarkan. Sebarang email yang menyentuh isu sensitif akan di’delete dari inbox email tanpa rasa belas kasihan. Dan jika terdapat email spam yang melampau yang menyebabkan pihak SiTikus Dot Com pening, sakit hati atau merosakkan akhlak akan disiasat IP Address secara detail dan pihak berkenaan adalah dinasihatkan supaya save‘kan sebarang file penting di dalam atau diluar komputer dan bersiap-sedia untuk menerima serangan cyber atau tindakan mahkamah, yang mana lebih teruk kesannya.































Recent Comments