Personas Untuk Browser Firefox

Bagi pengguna browser firefox, korang boleh design theme browser korang sendiri dengan mudah dan percuma. Kepada pakwe2 dan awek2 diluar sana letak la muka couple korang masing2, kepada ibu dan ayah pula letak la gambar anak kesayangan korang, baru semangat nak ber’blog dan layan internet. Hahahaha.. Enjoy

Mula-mula SiTikus nak pakai yang bunga-bunga tu (dalam hati kan ada taman..hahaha) tapi macam tak best je, so SiTikus design sendiri dan korang pun boleh buat satu untuk korang.

Mula-mula pergi ke getpersonas.com dan install add-on.

Lepas selesai, klik pada create your own.

Sebelum submit korang design la persona korang sendiri. Terdapat 2 bahagian iaitu header dan footer. Ukuran? Wajib ikut seperti yang dibawah.

Untuk header, 3000 pixel  x 200 pixel dan untuk footer, 3000 pixel x 100 pixel. Saiz mestilah tidak melebihi 300kb dan dalam format jpg atau png

Terdapat 5 langkah mudah yang firefox tunjuk dan guide supaya korang senang so ikut je yer. Antara langkahnya:

1. Reka persona header

2. Reka persona footer

3. Testing

4. Submit

Selepas dah siap design persona korang, kena la test dulu sebelum submit supaya puas hati kan. Ikut langkah berikut.

1. Klik pada kepala musang yang kecik tu (atas start button) dan klik pada preferences.

2. Kemudian, pastikan semuanya korang tick seperti dibawah.

3.  Sekali lagi klik pada muka musang yang kecik tu, klik pada custom persona dan klik edit.

4. Klik pada browse, dan cari gambar yang untuk persona yang korang design tadi untuk header dan footer.

Korang akan dapat lihat design yang korang buat tadi dan kalau tak cantik atau ada gambar penting yang tak nampak, adjust semula dan update sekali lagi sampai korang puas hati.

Dah puas hati dengan design persona tu, korang boleh submit. Pendaftaran diperlukan untuk mengelakkan gambar yang copyright digunapakai dan kalau firefox puas hati gambar yang korang upload tu, ianya akan jadi hak korang dan orang lain tak boleh tiru design korang yang cantik tu…cantik ker?…hehe.. Enjoy.

Related posts:

  1. Tutorial Twitter Background
  2. 3 Cara Untuk Elak Hotlinking
  3. Cara Nak Hack Coded Footer Pada Blog
  4. 6 Tools Percuma Untuk Bina Chat Room Sendiri
  5. Cara Hilangkan Blogger Navbar

Leave a Reply