Daging McDonald Tidak Halal-Jakim

SiTikus baru menerima berita yang gempar mengenai McD yang dinyatakan bahawa dagingnya adalah dari sumber yang tidak halal. Sebelum ini memang banyak isu tentang halal dan haram untuk produk makanan segera seperti KFC dan McD.

Tapi berita kali ini dari Jakim sendiri dan ianya perlu diambil tindakan segera dan tegas sebab dah banyak sangat daging McD yang sedap dalam perut ni dan perut korang semua.. Berikut adalah antara yang diperkatakan oleh sumber yang diperolehi.

Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!!

Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)

‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)

Bukti Pertama : http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN

- Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.


Klik pada gambar untuk gambar lebih besar

Bukti Kedua :  Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Bertarikh 19 April 2010.

Klik pada gambar untuk gambar lebih besar

Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa..

Perbetulkan aku jika ada kesilapan..

Aku telah mnyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA..

mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..


Maklumat tentang Mac Food

Bagi yang tak percaya Mac Food Services supplier McDonald boleh rujuk ni (direct daripada laman web McDonald Malaysia):
http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf
Terang-terang tulis..Mac Food Services supplier UTAMA McDonald!!

Info lanjut:

Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189

Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)

Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam

Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets

Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S

dan

Kenyataan akhbar yang merujuk Mac Food Services adalah supplier UTAMA McDonald (direct daripada laman web McDonald Malaysia: http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf

Jadi kalau korang tahu tentang ini tolong inform la yer sebab ini perkara yang serius. Kalau betul dan benar yang berita ini betul dan pihak McD buat bodoh jer so…bye2 to mcd. Bukan berniat untuk fitnah tapi memerlukan penjelasan kerana makanan ini menjadi kegemaran anak-anak korang juga.

SUMBER: http://timhar.co.cc/blog/?p=263

UPDATE TERKINI:

Related posts:

  1. Produk McDonald Malaysia Di Jamin Halal
  2. The Contest Is Canceled
  3. Isu Katy Lim Li Lian Hina Allah dan Iklan Raya TV3 Macam Krismas
  4. Gambar Istanbul Yang Menarik
  5. Formula One Malaysia

74 Responses to “Daging McDonald Tidak Halal-Jakim”

  1. iza says:

    Salam….

    Aduhhh…sebelum ni tak tau pun.belasah mkn mcm tu je….
    Minta izin nk copy and paste nk blog….

  2. Zahid says:

    Salam,

    Dah semak dengan JAKIM ke? Hati-hati takut kita ter’jump to conclusion’ sehingga dah jadi fitnah dan menyebarkan fitnah.

    Setahu saya Mac Food mematuhi arahan JAKIM dan telah bertukar kepada pembekal yg lain yg disahkan halal.

    • sitikus says:

      Sebab takut kita ter’jump to conclusion’ sehingga dah jadi fitnah dan menyebarkan fitnah lah kita kena share dan sentiasa alert isu mcm ni. Kalau xde org yg rajin nk siasat mesti kita xkan tau kan?.. Masa check kt laman web Jakim latest still sama dan tak berubah.

      • Zahid says:

        tetapi tajuk entry awak ‘Daging McDonald Tidak Halal-Jakim’ betul2 ‘Jump To Conclusion’..

        sepatutnya ada tanda soal ke, atau ‘sape tahu kesahihan berita ini?’ ke.. Bukan apa, penting utk menglakkan diri dr termenanggung apa yg saya cakap terlibat dlm menyebarkan fitnah..

        dan komen2 di bawah tu (sebelum komen saya), kebanyakannya jump to conclusion = daging McD tak halal.. itu yg kitya nak elakkan..

        apa pun, saya tahu niat sitikus mmg baik..

        • sitikus says:

          Apa yg En.Zahid kata tu memang betul.. setuju sangat2.. Kadang2 tajuk dalam surat khabar especially hmetro pun macam tu..nak laris kan jualan. :)

  3. pka says:

    salam. minta izin copy gak. :)

  4. RRR says:

    hMMM Sejak peristiwa penyerangan Israel terhadap sukarelawan Gaza dan juga penduduk Gaza yang selama ini hidup merana, aku dah lama Boycott. Btw dulu dulu pnh jugaklah makan. Mohonlah pengampunan pada yang Esa, sesungguhnya dia maham pengampun.

  5. cik sal says:

    mintak share and saya nak kongsi bersama rakan2 yang lain..
    sedihnyaaa betapa kita umah Islam ditipu selama ni.. sob sob sob…..:(

  6. abusi says:

    Aku check dgn website Jakim pagi ni halal je

    MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD
    Alamat :
    NO.7,JALAN SS 13/5
    47500 SUBANG JAYA
    SELANGOR DARUL EHSAN
    MALAYSIA
    Negeri :
    Selangor Darul Ehsan
    No. Telefon :
    03-56330222
    No. Fax :
    03-56344779
    e-mail :
    rahimi.mahad@my.keystonefoods.com
    Laman Web :
    TIADA
    No. Rujukan :
    JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 002-07/2004 JLD.5

    http://www.facebook.com/photo.php?pid=4675285&fbid=424829692699&id=692362699#!/photo.php?pid=4675285&id=692362699&ref=fbx_album

    • sitikus says:

      Thanks sbb siasat tapi semalam check masih tak berubah. Kalau betul dah halal okay la..tapi kita masih kena sentiasa alert yer. takut2 kes mcm ni berulang lagi. Bukan restoran makan segera jer tapi semua termasuk berbola ikan,daging,ayam dan lain2. Sbb isu ni selalu masuk dalam tv.. :)

  7. al-qamar says:

    salam.. saya pun nak minta izin share di blog saya, boleh ek?
    tapi kan, surat tu bertarikh 19 april 2010 kan, bukan 19 ogos 2010. mungkin cik sitikus tersilap taip?

  8. muslih says:

    sila konfem betol2 dgn jakim..

    baru boleh sebar.., sekiranya tidak anda menyebarkan fitnah pula!

    ada keraguan.

    • sitikus says:

      Errr…. dah check tp kat website jela dan tolong baca dlm post tu yer, bukan niat nk sebar fitnah tp nk tau kebenaran kalau xsebar mcm mana nak tau dan mungkin ada antara korang yg tau so itu yg penting, bila dah konfem halal so baik la untuk semua sbb semua org pernah dan suka makan mcd kan?. Satu lagi kalau tak sebar mmg xde org yg akan konfem kan mende ni?.
      Dan sekali lagi tolong tengok sumber post ini. :) Apa yang meragukan? boleh kongsi?

      • frash says:

        bleh je kompemkan sendiri…xpyh laa nk sebarkan bende yg xkompem so that orang lain bleh kompemkan..b4 ade sorang nk kompemkan, maybe dh 10 or 100 org percaya and sebarkan kat orang lain lagi

        • sitikus says:

          Ha..ah.. FYI, masa buat research ttg isu ni lepas tahu hal ni daripada sumber yg diperolehi, TIDAK ADA SATU PUN yang menyatakan isu ni dah selesai dan hampir semuanya percaya bende yg tak confrm.. Sekurang-kurangnya blog sitikus yg pemalas ni dapat selesaikan semua persoalan dan pada masa komen ni ditulis ada 454 orang tahu kebenaran yg sebenar dan sebarkan kat orang lain..

          Apa pun, betul En.Frash tulis, jgn sebar bende yg tak confirm kesahihannya.. :)

          • frash says:

            but the intention is good…just the way how the tittle should be je x betul…sebabkan ‘hampir semua percaya bende yg x confirm’ tu laa yg bahaya…org mlayu kita ni jenis mls nk wat research..ape org ckp sme main sebar jee… hehehe…

            but it’s nice to know bout this :)

  9. Zahid says:

    may i simplify the story?

    1. Pada asalnya, MacFood mengambil bekalan daging dari Uruguay kerana pembekal di sana dapat pengiktirafan halal JAKIM

    2. Bila pengiktirafan kepada pembekal daging dari Uruguay ditarik balik, JAKIM LALU MENGELUARKAN SURAT KEPADA MACFOOD UNTUK MEMBERI PERHATIAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG PERLU (dinyatakan dalam surat)

    3. MacFood BUKAN pemproses daging, tapi membawa bekalan daging dari Uruguay tu untuk restoran McD. Bila dah JAKIM keluarkan surat tu, MacFood tidaklah lagi mengambil stok dari sana…tukar kepada pembekal daging yang lain. (pembekal baru aku xtau, tanya McD).

    4. Dalam hal ini, surat tu BUKAN surat tunjuk sebab kepada MacFood bekalkan daging xhalal, tapi surat memaklum yang MacFood jangan ambik dah daging dari Uruguay. Kene ambil tindakan (…tindakan tu maksudnya kene cari pembekal lain lah)

    surat tu bertarikh 10 April, JIKA Mac Food ingkar arahan JAKIM tu, dah pasti sijil halal Mac Food dan McDonald dah ditarik balik..

    • sitikus says:

      Betul… dan untuk pengetahuan semua, disebabkan isu ni agak panas, SiTikus Dot Com baru jer bercakap dengan Pegawai dari JAKIM dan bertanyakan tentang isu ini.. Memang telefon betul-betul yer bukan memain..

      1. Semua maklumat dalam post ini adalah benar.
      2. Memang JAKIM dah tarik balik sijil halal dari negara Uruguay.
      3. Sekarang JAKIM giat mengadakan operasi dan menguatkuasa undang-undang halal di Malaysia.
      4. Makanan dari MacDonald CONFIRMED DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM dan akan sentiasa DIPERIKSA. So jangan risau..

      Dan yang paling menarik, rupa-rupanya dah ramai yang telefon pihak JAKIM dan bertanya tentang isu ini. :) paling ramai orang call semalam dan hari ini.. :)

      Korang boleh call nombor ni 03-8886 4000 tapi dia akan bagi nombor direct pergi ke bahagian penguatkuasa halal di nombor ini 03-83150200.

      • Zahid says:

        bagus laa sitikus ni.. proaktif dalam menyemak berita..

        inilah yg sepatutnya dilakukan oleh blogger2.. di malaysia ni terdapat entah berapa puluh ribu blogger, tp berapa ramai je yg prihatin tentang ‘semak sebelum sebar’?.. bukan isu2 yg mcm ni je, kadang2 cerita2 rekaan, isu2 politik yg tidak bersumber, dan hadith2 palsu pun banyak dijadikan entry, tanpa dia sendiri mengetahui kesahihan perkara yg dipostkan..

        ingatan utk diriku jua sempena ramadhan ini.. kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita buat, cakap dan tulis di akhirat kelak.. sesungguhnya makna taqwa itu adalah ‘berhati-hati’.. org yg bertaqwa akan berhati2 dlm setiap perbuatan, percakapan dan penulisannya..

        syabas sitikus kerana dah menyatakan fakta.. cuma, lebih indah entry ini jika rumusan perbualan telefon itu dimasukkan sekali dlm isi entry, bukan dibahagian komen sahaja :)

        • sitikus says:

          Haha… adik2 dan family suka mkn mcd so dah jadi tanggungjawab kita la utk siasat dan b’kongsi. Cuma perbualan telefon tu susah sikit nk dirumuskan sbb agak lama berborak dan klau dirumuskan jugak ada dalam 2-3 mukasurat, nnt jadi skrip drama la pulak :) Janji dah confirm yang isu ini selesai. Syukur..

          Btw, tlg check email yer..ade projek skit. :)

  10. perangkap tikus says:

    thanks bro zahid, so kawan2 semua jgn jadi typical melayu yg suka buat kecoh tak tentu pasal kat benda tak sahih..bagi abis baca dulu n fahmkan.

    • sitikus says:

      Betul.. Sekarang dah sahih. Cuma tak tahu sebelum JAKIM tarik balik sijil halal dari Uruguay tu dah berapa banyak dah daging yg dijual dan stok yg ada adakah dilupuskan atau terus dijual. :)

  11. el says:

    skrg ni caner..halal ke x?

  12. ubat tikus says:

    eloknya korang buat sendiri burger..beli daging proses sendiri jd burger quater pounder..huh mudah jer..lg sedap apa. Cubalah..:)

  13. tqa says:

    Alhamdulillahh
    lebih bnyk reason utk memboycott Mcd :) )
    penat memujuk diri stop mkn Mcd.
    now ad reason kukuh NO MCD
    HO YEAHH~~

    bile nk mkn mcD tbyg kanak2 kt palestin
    sedih

    • boycott israeli product says:

      tapi ramai juga yg sanggup menegakkan & sokong mcd utk dpt mkn makanan yg sponsor israel supaya dapat bunuh keluarga kita di palestin

  14. AHM says:

    Pernah terbaca fries McD tak halal-salut dgn lemak babi..boleh tolong confirmkan tak?

    • sitikus says:

      Daripada keterangan pegawai JAKIM tadi…dia kata produk MCD halal. Tapi kalau nak tanya tak salah, nombor dah ada so call je la yer..

      p/s: Rasa mcm blog penyiasatan la pulak.. :)

  15. hamba allah says:

    last skali tu ada baca..kata..Mc Donald CONFIRMED halal…
    so mana satu ni?

  16. BbHussain says:

    salam..saya share the news yea ;)

  17. rohimi says:

    Akhir zaman, lidah lisan (termasuk internet) bahaya dari pedang, jadi gunakan lisan (internet) dengan berhati2 dan jangan sebar perkara yang tidak pasti….wallahua’lam

  18. Nerzhul says:

    dapat tahu isu ni. terus cari kat google lalu jumpe blog sitikus ni. alhamdulillah dapat tahu hal sebenar. tima kasih encik tikus. hehe

  19. meriahceria says:

    Hi sitikus,

    minta izin copy paste di blog yeh.terima kasih. Bagus info ni sebab bayak da kawan2 pakai boitkot mcd nih…alahai, baru plan nak makan gcb tuh

  20. Afish says:

    salam..member saya fwd emel nie pg td. bila saya tgk balik kat surat tu, takde pulak JAKIM bgtau produk macfood mana yg import dari uruguay.

    “Sehubungan itu pihak tuan dipohon memberi perhatian terhadap keputusan ini dan mengambil tindakan sewajarnya di mana perlu”

    bila baca balik statement ni, member saya yg hantar emel ni tadi terus call Bhgn Halal JAKIM, Puan Hadida (O3-8315 0200)
    beliau telah mengesahkan bahawa produk McD adalah HALAL..
    surat penarikan balik status halal pengedar dr uruguay tersebut adalah sekadar PEMBERITAHUAN kepada mc food services bahawa product dr uruguay tersebut tidak halal dan semua dilarang utk menggunakan produk tersebut

    rasanya semua pengedar makanan dapat surat ni. harap2 dapatlah diperbetulkan info mana yg tak tepat tu ya. saya cuma kesian anak-anak melayu Islam yg ramai keje kat mcdonald tue.

    • sitikus says:

      Salam,

      JAKIM xbgtau produk mana yg diimport dari uruguay tetapi Mac Food dpt bekalan bahan mentah termasuk daging dari uruguay.

      Waktu post dibuat, sitikus terus siasat sumber dan mana2 yg perlu dan esok harinya baru dapat jawapan tentang hal ini. Yang masih tak diketahui adalah, sebelum notis dari JAKIM ni dikeluarkan Mac Food masih mendapat bekalan dari uruguay dan menjualnya serta kita tak tahu selepas notis ini dikeluarkan adakah mcd terus hentikan menggunakan bahan mentah tersebut.

      Apa pun, sekarang JAKIM sendiri sudah mengesahkan yang semua produk mcd halal dimakan.

      p/s: sitikus pun pernah keje kt mcd lps abis blajar masa kecik2 dulu so sbb itu nk betulkan yg keliru sbb berita ini dah tersebar sebelum sitikus post kt blog, jadinya sekarang ni semua dah tau kebenaran so pandai2 la yer.. :)

  21. wanmus says:

    salam. minta copy ek yang result last call dari Jakim ek..nak update di blog..thanks

  22. lala says:

    cmna lak ngan laman web jakim…still ade lg la sjil utk mac food service….apakah JAKIM nk menipu atau blogger nih cmna..????

    • sitikus says:

      Skang ni bila korang check kat JAKIM, memang sijil halal utk produk dari uruguay ditarik balik. Dan untuk sijil halal mac food tak pasti tapi lepas call pagi tadi pegawai tu kata masih valid sijil halal utk mac food. Tak boleh menuduh mana2 pihak penipu kalau tak periksa sendiri. Sitikus dah periksa dan semua sumber maklumat dlm post blog sitikus ni betul serta benar dan juga telah disahkan oleh JAKIM dan sekarang mac food guna supplier lain selain dari uruguay. Tapi tidak diketahui siapa pembekal tersebut dan dari mana.

    • tasha says:

      http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=NEW-20100823131529&type=NEW

      laman web halal malaysia,,,kenyataan mengenai isu mcdonald telah dibuat..

  23. bujang says:

    jakim? harap-harap betul laa…

    tapi masalah terbesar McD adalah produk yahudi zionis yg ada diantara salamnya diperuntukkan untuk menghancurkan saudara kita di gaza. kita beli bermakna kita dgn sengaja menyumbang kepada isreal yahudi zionis ni membunuh saudara kita. bila tengok gaza diserang dan umat islam disiksa kita pura-pura menangis. tetapi dgn slumber dan tanpa rasa bersalah kita tolong zionis ni belikan peluru untuk bunuh saudara kita sendiri.

    McD ni jual makanan. kalau kita x makan kita mati ke? dah tiada makanan lain ke dalam malaysia ni yg kita boleh makan selain McD?

    “sesungguhnya yg halal itu jelas dan yg haram itu juga jelas.. diantara yg halal dan yg haram terdapatnya syubahah. jauhilah dari perkara-perkara syubahah”

    ini bukan komponen computer contohnya prosessor atau internet dan software yang kita x boleh lari dari mengunakannya.. sbb belum ada diantara kita yg mampu pasarkan sendiri teknologi ni sepenuhnya. skrg ni klau tiada peralatan computer ni mcmana nak buat kerja? internet juga cara terpantas bagaimana kita boleh menyebarkan segala maklumat buat semua umat islam.

    Barangan mereka x salah kita gunakan. ini boleh kita contohi dari rasulullah. Rasulullah sendiri menghalalkan ghanimah (harta rampasan perang). seperti senjata dan haiwan seperti kuda dan unta. haiwan boleh dijadikan makanan dan segala persenjataan akan digunakan semula untuk memerangi musuh islam laknatullah.

    tetapi bukan membeli makanan mereka seterusnya meningkatkan ekonomi mereka dan akhirnya mereka gunakan untuk memerangi saudara seagama kita.

    wallahualam.

    • sitikus says:

      Betul tu… setuju sgt2.. antara produk yahudi laknatullah ialah mcd, starbuck, kfc, nestle, facebook, dan banyak lagi. Bangsa laknatullah ini penuh dgn agenda antaranya memonopoli ekonomi, emas, air dan makanan.
      Bila dah pegang ekonomi dunia so negara2 lain perlu tunduk pada bangsa ini dan bangsa ini sangat sombong.

      Jadi fikirkan la yang terbaik kerana segala janji Allah s.w.t adalah benar.

      wallahualam

    • penukz says:

      mungkin ada betul apa yg di katakan… tp cuba fikirkan…. semua tmpt yg korang nk boikot nie… org melayu la yg byk keje kt ctu…. kalau semua boikot… mana anak2 melayu nie nk keje?????

  24. mr.black says:

    setuju dengan bujang….even dah consider halal, tapi syarikat mc donald ni antara penyumbang dana utk negara israel dan israel ak.a zionis tetap musuh islam. boikot tetap boikot…takde kompromi walaupun dah di halalkan.

  25. fana says:

    buut still.. fast food tak elok pon…

  26. aloi says:

    baik mkn nasi lemak je la… mkn fast food = fast kolestrol + fast penyakit

  27. dai'e says:

    segala puji bagi Allah..
    Dialah raja kepada segala raja..
    Maha Kuasa, Esa, Agung dan Pemilik kepada seluruh alam..
    dari yang paling kecil hinggalah kepada yang paling besar..
    semuanya milik Allah dan di bawah kawalannya..

    islam berdiri atas lima tiang (rukun islam)
    tingalkan salah satu.. runtuhkan agama…

    yahudi = makhluk ciptaan Allah.. tidak ada kuasa tanpa izin dari Allah..

    Allah boleh buat apa saja..
    Allah boleh bantu orang islam janji setiap orang islam taat pada Allah n nabi saw..
    tiada kaitan dengan eko dan pol…

    ikut al-Quran n sunnah…
    sunnah paling tinggi adalah mengajak setiap orang islam untuk taat Allah dan rasul..
    sebabnya, zaman ini zaman fasak dan mungkar..
    org islam dan bukan islam x dapat dibezakan sudah..
    sama ja.. (tidak sama dengan zaman nabi dulu iaitu mengajak org bukan islam kepada islam)

    semoga Allah swt memberi kefahaman agama(islam) yang suci murni ini kepada saya.. Amin…

    maafkan saya jika ada yang silap sebab saya hanyalah seorang islam yang biasa… hanya menyampaikan pesanan ulama kita.. semoga kita dapat ambil iktibar, amal dan sampaikannya..

    wallahualam..

  28. izuka says:

    Salam to All,

    Isu2 halal premis makanan segera ni byk dah menjadi topik perbincangan. Apa yg penting kita semua sebagai umat Islam perlu lebih berhati2 dgn setiap makanan yg masuk ke dlm perut kerana benda2 haram akan menjadikan hati dan jiwa akan taksub ke arah keduniaan dan alpa akan kewajiban kepada perintah Allah. Walaupun halal, perkara2 yg boleh menimbulkan syak juga haram bagi umat Islam. Kafir laknat telah bermacam2 tindakan dibuat utk menyesatkan umat Islam termasuklah melalui penyediaan makanan..

  29. fad says:

    ni aku bagi link video khas untuk muslim macam korang semua.

    http://www.youtube.com/watch?v=b4Q1vHQxsss&feature=search

  30. CTZ says:

    Salam,
    Ada kawan beritau, sejak tarikh itu McD dah tak gunakan daging yg di import drpd Uruguay. Minta siapa2 yg rajin utk check dgn sumber2 McD supaya semua org clear tentang isu ni.
    Tkasih…

  31. amamr says:

    gud job blogger skalian…

    kalu still rasa was-was…
    takyah la makan
    kan da namany syubhah…
    tinggalkan je la..
    byk lagi makanan halal lain y jauh lagi murah dan berkhasiat dari McD
    hatta kalu halal skalipun McD ni terlalu byk side effectnya yang akhir skali akan bawak kepada masalah kesihatan + harga pun mahal kalu nak dibandingkan dengan makanan lain..

    so..
    the point is ..
    kalu still was-was tinggalkan je..takyah makan..
    makan je nasik…

    p/s:..regret eating McD y buang duit..bukan kenyang pun..huhu..

  32. mcd says:

    Jakim Dah keluarkan kenyataan Daging Mcd HALAL tgk kat sini under berita terkini- isu Mcdonald’s

    http://www.halal.gov.my/v2/index.php

  33. salman says:

    aik?? Kalau daging Uruguay tu dah sah2 HARAM, kenapa tak war-warkan secara meluas di TV atau Radio? Maklumkan siapa pengedar dan penggunanya Supaya daging yang dah termasuk dalam jualan ditarik balik. Dalam surat JAKIM mana ada suruh tarik balik daging yang dah berlegar dan beredar di pasaran? Mana kredibiliti JAKIM? Tak sensitif langsung.
    Astaghfirullah….

    • sitikus says:

      Tak tau la… Tapi apa yg awk ckp tu betul, sepatutnya ada platform dimana semua maklumat lengkap ditempatkan dan boleh diakses oleh semua orang untuk confrm produk mana yg actually halal.
      Sebab benda melibatkan halal ni perkara serius, at least kita boleh check produk halal dan yakin untuk menggunakannya dan mengurangkan fitnah orang.

      Macam isu logo halal yg senang-senang ditiru dan kita pulak sedap2 makan.

      Mungkin JAKIM terlepas pandang atau sistem itu masih dalam pembangunan.

  34. is says:

    Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.

  35. shahmi says:

    the only pure and halal mcdonald is BRUNEI DARUSSALAM. :) )

  36. anne siska says:

    Salam..
    maknanye, stok daging Uruguay sebelum nih da ditarik balik drpd supplier ke atau masih lagi digunakan?
    nk mkn mcD tp lau syubhah ni leh bw kpd haram di mkn
    wallahualam

  37. miaw miaw kucing~ says:

    eh.. pwlik… x( konfius baru je balik makan mc d .. serta cakap ngan mc d nye owner bahagian KT …. kwn bapak aq lak tuh.. dye cakap halal ja…. tapi x tau la franchais lain yg kat kt yg kawan bapak aq amek ok je.. yg len x tau la…

  38. shafiee says:

    salam…nk tnye nie…adekah kilang proses & cara menghasilkan daging mcd same dinyatekan dalam youtube….dan care pemprosesan daging itu tidak disembelih lalu dicampakkan kedalam alat mesin bagi melumatkan daging lembu tersebut secara kejam…geli pulak nk mkan???was2….tolong jelaskan….
    ;)

Trackbacks/Pingbacks


Leave a Reply