Formula One Malaysia

Sementara aku siapkan blog neh, tertengok kat channel astro sport cerita tentang BMW Sauber. Sebagai rakyat Malaysia memang la aku bangga sangat-sangat bila tengok nama Petronas dengan nama Malaysia lekat kat kereta F1 tu. Bila la aku boleh bawa kereta tu, tak pun kerja dengan team Sauber ni..Jadi yang cuci tayar pun takpe.

Tapi kalau la kita ada kereta sendiri, enjin sendiri atau tayar buatan Malaysia alangkah bagusnya. Walaupun kos nak bina, R&D dan selenggara memang mahal tapi berbaloi la pada jangka masa panjang. Actually, kita ada jurutera yang hebat-hebat dari background samada Mekanikal, Electrical dan sebagainya tapi last-last kerja kat kilang. Kita ada duit nak labur dalam bidang ini, sumber tenaga kerja pun banyak tapi entah apa yang susah pun tak taula. Yela kan, enjin kereta Proton pun semuanya dari luar negara. Maybe alasan kukuh yang biasa kita dengar kalau tak pasal duit, pasal tenaga kerja mahir. Tapi ada ke pihak yang berkenaan tampil ke depan dan bagitau kita perlukan jurutera dari semua bidang untuk develop teknologi kejuruteraan automotif ni.

Buat satu skim dan allocate bajet  untuk lulusan Universiti dan Politeknik dari pelbagai bidang untuk bina enjin kereta buatan Malaysia dengan insentif bulanan. Kalau berjaya, serap terus untuk kerja dan move to the next step, bina enjin F1 kita sendiri pula. Bukan tak boleh buat, Malaysia boleh kan?..so buat je la. Kalau negara Jepun boleh bangkit dari kesan kemusnahan bom nuklear kepada negara yang maju (aku rasa lagi maju dari US) kenapa kita tak boleh. Takkan kena bom baru nak bangkit kot..

Aku tau Malaysia boleh ada enjin kereta sendiri tapi bukan sekarang kot, mungkin 10-50 tahun akan datang. Bukan apa aku memang minat kereta so itu cuma pandangan aku jela..kalau diberi peluang tak salah untuk cuba kan..

Related posts:

  1. Berangan Untuk Berjaya
  2. Petronas Dan Mercedes Bergabung
  3. Produk McDonald Malaysia Di Jamin Halal
  4. SiTikus Dot Com Outing
  5. Buah Epal Hitam Yang Sedap

Leave a Reply