Episod 0: Bina Blog WordPress Anda Sendiri

Bukan susah korang nak bina blog wordpress korang sendiri dan lagi meriahla dunia blogsphere ni kalau ramai blogger tapi mestilah yang beretika yer. Korang tak perlu la nak bayar atau nak upah orang untuk bina blog wordpress korang tu. Korang tak payah bayar pun untuk jadi pandai pasang blog ni, SiTikus Dot Com tak jual ebook ‘Cara Bagaimana Untuk Bina Blog Sendiri‘, tapi kalau korang nak bagi upah pun SiTikus Dot Com tak kesah punya.:) SiTikus Dot Com akan ajar korang langkah demi langkah untuk mudah korang faham dan pandai. So, korang kena ikutla episod nk bina blog ni. Nak senang korang isikan alamat email korang kat tepi sebelah kanan so korang dapat update dari email..dah macam drama la pulak kan ada episod plak. Tapi kalau korang tak faham, korang tanya jela SiTikus Dot Com yer jangan la buat-buat malu pulak. Jangan pulak nanti kalau ada yang mengada copy&paste tutorial SiTikus Dot Com pastu buat e-book pastu jual, agak-agak la.
Membina Blog WordPress Anda Sendiri
Sebelum kita bermula, SiTikus Dot Com minta korang supaya fikirkan tajuk blog korang dan apa yang korang nak blog’kan. Okey?. Kita mulakan dengan langkah yang mudah dahulu. Mudah sesangat tapi ada juga yang malas dan tak sabar.
Kita mulakan dengan peralatan asas.
1. Web Browser
Web browser yang updated adalah penting kepada seorang blogger,samada blogger yang serius mahupun yang saja memain dan kepada pemilik laman web. Lebih 90% pengguna internet dan blogger mengunakan Firefox browser kerana kepantasan, mudah dan selamat. Selain Firefox, Google Chrome dan IE7 ke atas boleh digunakan. Antara masalah boleh didapati dari IE6(Internet Explorer) iaitu sususan laman web akan menjadi berterabur atau tidak tersusun dan banyak lagi.
2. File Transfer Protocol (FTP)
Program FTP adalah penting untuk upload gambar, wordpress theme, plugin, logo, update file dan lain-lain lagi. Juga digunakan untuk menukar permission file (CMOD 664,755 atau 777). SiTikus Dot Com akan terangkan secara menyeluruh tentang cara untuk menggunakan program FTP ini kemudian.
3. Akaun Email
Email penting untuk komunikasi secara online samada dari individu yang ingin bertanya, memberi pendapat, untuk mengiklan di laman blog dan sebagainya. Walaupun akaun hosting disediakan perkhidmatan email ini tetapi lebih mudah untuk memeriksa email selain dari yang disediakan oleh webhosting kerana perlu login di cpanel webhosting dan periksa dari email disana. Bukan tak boleh tapi agak lecehla.
Daftar akaun email percuma di Gmail atau Yahoo Mail.
4. Domain Name & Web Hosting
Tak payahlah korang nak guna blogger.com atau wordpress.com. Kalau korang kata nak mulakan ber’blog dengan hosting percuma baik lupakan jela. Sebab korang perlukan brand korang sendiri iaitu domain name dan ia menunjukkan dedikasi dan kadar professional korang. Memang tak dapat dinafikan traffic yang mungkin diperolehi dari blogspot tinggi tapi cuba bayangkan kalau ranking korang dah tinggi dan baru nak transfer post dari blogspot ke dot com korang sendiri, korang perlu mulakan dari ZERO. Dan ada juga kes dimana blogspot korang akan ditutup tanpa memberitahu korang. Tapi boleh je dapat balik tapi leceh la kan. Bukan mahal pun, setahun kurang dari RM100.
Domain Name – Korang boleh guna nama sendiri atau nama yang catchy dan yang penting mudah untuk orang lain ingat.
Web Hosting – Mulakan dengan storage yang rendah dulu untuk upload gambar dan apa saja yang korang nak. Dan untuk bandwidth pula mulakan dengan yang rendah dulu. Bila blog korang dah popular boleh lah upgrade bandwidth korang tu. Bila blog korang popular, mesti korang nak letak iklan berbayar kan so jumlah jualan iklan bulanan korang tu boleh la tampung kos hosting korang tu.
Ada beberapa hosting yang baik dan boleh dipercayai. Tapi yang penting support dari web hosting korang tu mesti power. Sebab kalau tiba-tiba website korang down dan tak boleh diakses korang perlukan bantuan dari pihak web hosting korang tu dengan cepat,cekap dan mesra.
SiTikus Dot Com mencadangkan korang guna webhosting.net.my. Murah je, RM80/setahun+Domain name PERCUMA.
Antara web-hosting lain yang korang boleh guna:
datakl.com
hivehost.net
jomhosting.net
sepakuhosting.com
sempoihosting.com (SiTikus Dot Com currently hosted)
www.mercumaya.net
www.webz.com.my
namshaz.com
baitulbytes.com
tnt.com.my
SiTikus Dot Com tak bertanggungjawab atas sebarang masalah yang korang bakal terima dari web-hosting diatas. SiTikus Dot Com prefer korang guna web-hosting.net.my sebab beberapa website SiTikus menggunakannya dan berbaloi-baloi.
Okay?..Tunggu untuk episod akan datang dalam rancangan cara bina blog wordpress korang sendiri…cewahh..:)
Related posts:



































Plugin apa yang patut aloi pakai yer?
Pasal plugin, aloi boleh tunggu kemudian yer..sabar..
mula2 kenal blog ngn blogspot..tak tau lagi mende2 self hosted ni..mmg ada niat..hehe..
bila nk kuar lagi ni episode lepas ni
Cemana ye klu kita dah ada blogspot (dah lama) dan nak pindahkn semua isi2 dlm tu ke wordpress? Sebab dah beli domain n hosting tapi tak reti pulak nk pindahkn blogspot ke wordpress. hrp dpt tolong