Tutorial Favicon
Posted in Wordpress on 15. Jan, 2010

Perkara pertama untuk menjadikan website korang nampak menarik dan ada ‘brand’ tersendiri ialah ‘favicon’. Jadi kalau korang ada laman web sendiri buatla satu. Tutorial dibawah adalah untuk membina favicon menggunakan Adobe Photoshop.
1. Sebelum design favicon guna Photoshop, korang kena download plugin khas yang membolehkan sesuatu fail di “save”kan sebagai format “windows icon (.ico)”. Boleh download disini>>
2. Lepas korang dah download, install plugin tersebut. Macam mana nak install? Copy & paste kan fail yang bernama “ICOFormat.8bi” tersebut ke dalam folder “File Format” program photoshop anda (Contohnya : C:\Program Files\Adobe\Photoshop CS\Plug-Ins\File Formats ).
3. Lepas dah install, Bukak Photoshop kemudian pergi pada file dan klik pada new dan set seperti dibawah. 64×64 adalah untuk memberi lebih ruang untuk design favicon korang.

2. Favicon ni macam logo kecik korang la sebenarnya. Logo kat laman web atau blog biasanya mengunakan logo korang. Tapi kalau tak nak guna logo pun takde hal.

3. Lepas siap design favicon yang cantik tu. Klik pada image>image size dan tukar dari 64×64 kepada 16×16. Kenapa? Sebab favicon ni kecik jer so default untuk web browser 16×16 la..Yang 64×64 tu untuk korang design dengan mudah. Cuba la korang design dengan image resolution 16×16, mau rabun mata korang nanti.

4. Dah siap kan? kemudian save kan favicon korang tu. Klik pada File>Save As dan ikut setting dibawah. Nama file mesti favicon dan format ICO (Windows Icon)(*.ICO).

5. Macam mana nak letak favicon kat laman web korang?. Senang je, edit file index.html atau index.php korang. Antara <head> dan </head> laman index korang, letak kod ni
<link rel="shortcut icon" href="/favicon.ico" type="image/x-icon" />

Tutorial ni untuk laman web sahaja bukan untuk blog wordpress. Untuk blog wordpress korang boleh guna plugin dari maxblogpress.com. Ikut je arahan yang diberikan. Tapi kalau tak paham jugak bagitau je SiTikus dot com yer..
Related posts:






























